Friday 4 May 2012

LAYAR WARISAN TERENGGANU


Pengenalan

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. 





Sejarah Pulau Duyong  

Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Oleh kerana bentuk geografi dan  lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.


                           

                                                   Papan tanda Pulau Duyong


Tok Syeikh Duyong

Nama sebenar Tok Syeikh Duyung ialah Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Muhamad Amin. Ayah beliau, Haji Wan Muhamad Amin bin Wan Yaakub, lebih akrab dipanggil Tok Syeikh Qadi, juga adalah seorang ulama asal Patani. Asal keturunan Wangkang Cina. Tok Syeikh Duyung telah dilahirkan di Kampung Chabang Tiga, Patani pada tahun 1802 Masihi. Kerana tempat mengajarnya di Pulau Duyung, maka lama-kelamaan melekatlah namanya menjadi "Tok Syeikh Duyung".



                                                    Jom sayang ulama'!


Kehidupan Peribadi

Tok Syeikh Duyong mendirikan rumahtangga bersama Wan Selamah dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata. Namun selepas kematian isterinya, atas desakan Baginda Omar, beliau berkahwin dengan seorang wanita Cina tetapi tidak dikurniakan sebarang zuriat. 

Beliau merupakan seorang ulama' yang mementingkan disiplin dan tidak suka bergurau senda. Tok Syeikh banyak mengamalkan amalan-amalan seperti menziarahi dan menyembahyangkan jenazah dan beliau tidak akan menerima sebarang pemberian daripada keluarga si mati.

Tok Syeikh juga merupakan ulama' yang sangat dikenali kerana mempunyai ilmu batin yang sangat luar biasa.

Pendidikan

Tok Syeikh Duyung mendapat pendidikan di dalam bidang Tasawuf, Hadith, Fiqh dan Usuluddin di Mekah dan Terengganu sendiri. Kemudian setelah tamat pengajian beliau telah mengajar di dalam bidang Fiqh, Hadith, Tafsir dan Tasawuf. 



                                      Tok Syeikh mendapat pengajian di Mekah


Sumbangan dan Peranan

  1. Guru agama kepada ramai tokoh-tokoh dan ulama' seperti  Baginda Omar, Sultan Zainal Abidin III, Tokku Paloh, Haji Omar Duyung Besar, Haji Abdul Hamid Nerus, Tuan Baru Petal Bubus, Haji Musa Alim, Che Man Gudang.  
  2.  Tok Syeikh Duyung dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Terengganu menggantikan gurunya Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas yang meninggal dunia. Khidmatnya sebagai penasihat agama kepada Sultan sangat terserlah. 
  3. Pengaruhnya dalam bidang pentadbiran negeri Terengganu juga besar. Dalam hal mengeluarkan sesuatu hukum atau fatwa Tok Syeikh Duyung sentiasa berpandukan aI-Quran dan Hadis di samping merujuk kepada kitab-kitab agama yang masyhur.
  4. Tok Syeikh Duyung merupakan tempat segala pertanyaan terakhir mengenai Hukum Syarak terutama mengenai Perundangan Islam. 

                                                   

                                                         Tokku Paloh


                                                  Logo mufti Terengganu


Kematian

Tok Syeikh Duyung telah meninggal dunia di rumahnya di Duyung Kecil pada 12 Jamadil Akhir 1306 Hijrah bersamaan Februari 1889. Baginda Sultan Zainal Abidin III telah berangkat sendiri ke Duyung Kecil menziarahi jenazah gurunya.




                               Makam Tok Syeikh Duyong di Duyong Kecil


Kota Lama Duyong

Kota Lama Duyong antara bahan sejarah yang kekal hingga hari ini. Dibina pada tahun 1920, kota ini pada awalnya digunakan oleh individu tertentu dan kumpulan agama Islam untuk mengajar penduduk kampung membaca al-Quran.




Bahan binaan Kota Lama Duyong

Dipercayai bahan yang digunakan untuk membina bangunan Kota Lama Duyong ialah batu bata, namun begitu sebahagian besarnya terdiri daripada madu dan putih telur. Setelah musnah akibat banjir pada tahun 1986, ia dibaikpulih pada tahun 1999 tanpa mengubah struktur pembinaannya. Bangunan bersejarah itu dibina hasil cetusan idea pegawai senior di jabatan pentadbiran Terengganu iaitu Dato' Biji Sura. 


                                             Pandangan dari luar






Struktur binaan  Kota Lama Duyong

Reka bentuk binaannya memperlihatkan gabungan pengaruh Islam dalam seni bina Melayu dengan sedikit pengaruh seni bina Mesir. Bangunan ini diikhtiraf sebagai salah satu keajaiban seni bina di Terengganu dan menjadi daya tarikan yang unik kepada pelancong yang memaparkan artifak tempatan dan menjadi bukti sejarah perkembangan Islam.


                                    Tiangnya berunsurkan seni bina Mesir
                                          

                                       

                      Artifak tempatan yang disimpan dalam Kota Lama Duyong




                     Daripada tulisan tugu tanda Kota Lama Duyong ini mencatatkan :



                "Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira
                 7 kilometer dari Pusat Bandar. Kota Duyong mempunyai 
                 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang
                 bersambungan dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda
                 dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu 
                 tetap diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur 
                 pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir 
                 pada tiang dan dinding batu. Bangunan ini memperlihatkan  
                 jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang 
                 Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan
                dihias ukiran sobek di sekeliling beranda.”


 Keistimewaan Pulau Duyong

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang mempunyai panorama yang sangat indah dan permai. Lokasi ini amatlah sesuai dijadikan tempat bersantai dan berkelah bersama keluarga.Namun, disebalik keindahannya tersingkap seribu rahsia yang mungkin kita tidak ketahui iaitu di sini terdapatnya Perusahaan Membuat Bot dan Kapal Layar Warisan.


                           kepada sesiapa yang berminat, bolehlah datang ye? :)



            Proses pembuatan kapal layar

Kewujudan lokasi penganjuran Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa dan pembinaan pangsapuri mampu milik, nyata amat membanggakan penduduk tempatan. Selain itu, lokasi Pulau Duyong menghadap Laut Cina Selatan sememangnya terkenal dengan pelbagai bahan sejarah yang unik dan menarik.




Monsoon Cup 

Monsoon Cup mula diperkenalkan pada tahun 2005. Kejohanan bertaraf dunia ini merupakan perintis kepada usaha memperkasakan sektor pelancongan untuk perkenalkan nama Terengganu di serata dunia kerana ramai peserta dari luar dan dalam negara yang mengambil bahagian seperti Sweeden. Selain itu, ia juga menyumbang kepada sektor pekerjaan bagi penduduk Terengganu kerana bagi menjayakan acara ini, ia memerlukan seramai 1522 orang pekerja.







                                     Pertandingan Monsoon Cup



 Ri Yaz Resort and Spa

Ri Yaz Resort and Spa merupakan salah satu pusat penginapan yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu. Selain itu, ia juga merupakan sumber ekonomi Negeri Terengganu. Reka bentuknya yang ekslusif dan kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran dengan pantai dan Monsoon Club menjadi faktor utama para pelancong tempatan mahupun luar negara untuk menginap di sini. Ri Yaz Resort mendapat tempahan yang sangat memberangsangkan terutamanya pada musim Monsoon Cup.


                         Pandangan luar Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa


                              Kolam renang Ri Yaz Resort and Spa


                              Ruang Tamu Ri Yaz Heritage Resort and Spa


                                 Bilik mandi Ri Yaz Heritage Resort and Spa










                              













































.





No comments:

Post a Comment